Syukur dan syabas dengan kelahiran bayi comel anda. Kini di rumah, anda sedang berpantang dan bayi anda kelihatan sentiasa tidur sepanjang masa. Namun anda perlu berhati-hati dengan gejala SIDS yang sering menyerang bayi berusia 1 bulan hingga 4 bulan.
SIDS atau Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut berisiko tinggi untuk berlaku kepada bayi yang ibu bapanya adalah perokok. Ini kerana bayi SIDS dikenal pasti mempunyai sistem saraf pusat tidak normal yang sebabkan kesukaran sejak lahir serta sering alami kekurangan oksigen di otak.
Bagaimana dapat SIDS diatasi? Ibu hamil dapat mengelak gejala ini dengan dapatkan penjagaan dan pemeriksaan pranatal secara berkala sejak awal kelahiran. Pastikan ibu mengandung mengamalkan pemakanan seimbang yang sempurna juga penjagaan rapi termasuk persekitaran yang bersih serta bebas daripada asap rokok. Bayi juga mesti dipastikan tidur menelentang. Susu ibu juga terbukti dapat mengurangkan risiko tragedi ini.
Jika anda tinggal di kawasan Ampang dan perlukan pengasuh berpengalaman untuk mengasuh bayi anda, sila hubungi saya di talian berikut:-